Thursday 6 January 2011

Coretan hati di pagi hari...


Hari terus berganti hari,siang meniti hari, malam berlalu pergi..aku tetap aku disini..coretan hidup yang lepas menjadi catatan abadi..tiada mungkin dapat merubahi takdir yang berlalu pergi..takdir yang seterusnya perlu ditempuhi..itulah suratan dari Ilahi..Siapa kita untuk bergerak tanpa izinNya dan siapa kita untuk berkata-kata tanpa limpah kurniaan dariNya..Untuk menulis pun adalah dari kekuasaanNya..Dialah Tuhan yang maha agung yang perlu kita sembahi..

Maha suci tuhanku yang menjadikan hari-hari seterusnya untuk aku terus bernyawa, jauhilah aku dari kealpaan dunia yang fana,yang menutup sinar dalam hati ku,yang menyempitkan dada ku yang menjadikan aku dengki serta khianat..tiada kudrat bagiku melainkan dengan limpah kurnia Mu kepada ku..

Saat mataku masih melihat,telingaku masih mendengar,jasadku yang masih bergerak, jauhilah aku dari kejahatan dunia dari pandangan ku, dari pendengaran ku dan dari jasadku untuk melakukannya..aku hanyalah insan biasa yang alpa dalam permainan dunia..

Tika nyawa masih lagi bersatu dengan jasadku,yang menjadikan aku berupaya untuk terus melalui liku-liku kehidupan..Engkau bukakanlah pintu hatiku,Engkau lapangkanlah dadaku,pertajamkanlah minda dan akal ku supaya aku berupaya mencari keredhaan Mu, Supaya aku berjaya mengharungi segala ujian Mu dalam menguji keimanku..kepada Mu aku bermohon..

Siapa aku tanpaMu..Ya Allah..Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Begitulah coretan hati hambaMu yang khilaf di pagi hari saat awan menitiskan hujan yang membasahi bumi..

Monday 27 December 2010

malam yang hening..

27 Disember 2010
Jam 0233....
Hari ini aku terasa begitu sunyi sekali..walaupun ramai teman berada di sekeliling aku tapi masih tak dapat hilangkan sunyi yang ada dalam hati aku ini..Dengan keadaan suasana sunyi di kolej aku sekarang menambahkan lagi rasa sunyi dalam hati aku ni..Pada waktu macam ni kalau dirumah pasti aku sudah lena dibuai mimpi tapi bila aku disini aku rasakan seolah-olah malam masih lagi muda, mata ku masih lagi segar tidak ada sedikit pun rasa mengantuk mungkin disebabkan aku selalu amalkan tidur lewat yang mana dah menjadi rutin harian aku untuk tidak tidur awal..kebiasaanya aku tidur pukul 2 atau 3 pagi setiap hari tak termasuk hari minggu dan hari cuti..kalau hari minggu atau hari cuti lepas subuh barulah aku tidur..paling awal aku tidur pun pukul 12 begitu juga dengan kawan-kawan yang seangkatan dengan aku..aku pun tak tahu apa lagi yang aku nak tulis seolah-olah dalam kepala aku ini kosong walhal dalam hati aku ini tetap juga nak suruh menulis..hmm..rasanya setakat ini sahaja yang aku mampu tulis untuk malam ni..