Monday 27 December 2010

malam yang hening..

27 Disember 2010
Jam 0233....
Hari ini aku terasa begitu sunyi sekali..walaupun ramai teman berada di sekeliling aku tapi masih tak dapat hilangkan sunyi yang ada dalam hati aku ini..Dengan keadaan suasana sunyi di kolej aku sekarang menambahkan lagi rasa sunyi dalam hati aku ni..Pada waktu macam ni kalau dirumah pasti aku sudah lena dibuai mimpi tapi bila aku disini aku rasakan seolah-olah malam masih lagi muda, mata ku masih lagi segar tidak ada sedikit pun rasa mengantuk mungkin disebabkan aku selalu amalkan tidur lewat yang mana dah menjadi rutin harian aku untuk tidak tidur awal..kebiasaanya aku tidur pukul 2 atau 3 pagi setiap hari tak termasuk hari minggu dan hari cuti..kalau hari minggu atau hari cuti lepas subuh barulah aku tidur..paling awal aku tidur pun pukul 12 begitu juga dengan kawan-kawan yang seangkatan dengan aku..aku pun tak tahu apa lagi yang aku nak tulis seolah-olah dalam kepala aku ini kosong walhal dalam hati aku ini tetap juga nak suruh menulis..hmm..rasanya setakat ini sahaja yang aku mampu tulis untuk malam ni..

1 comment: